Nota Ringkas
ANIMISMA adalah satu kepercayaan masyarakat tentang wujudnya roh, jiwa atau semangat yang dapat mempengaruhi kehidupan manusia. Perkataan animisma ini berasal dari Latin, anima yang membawa erti 'roh'.
Animisma dan Nusantara
Di sebuah kawasan yang terletak di Barat Sumatera, Indonesia; masyarakatnya beranggapan bahawa tikus yang keluar masuk sesebuah rumah adalah dipercayai roh orang yang mati ketika bersalin. dan adakalanya roh-roh ini menumpang di dalam tubuh haiwan dan mengganggu musuhnya atau orang yang pernah berlaku jahat sewaktu hayatnya dahulu.
Ibu-ibu dahulu selalu menegur anak mereka supaya jangan membuang nasi, khuatir jikalau semangat nasi akan lari berterbangan, dan mereka tidak mendapat manfaat dari nasi yang dimakan. Adapun anak-anak kecil yang tidak membesar walaupun kerap makan, dipercayai kerana semangat nasi marah terhadapnya. Dan sampai ke hari ini, anak-anak dimarahi kerana tidak menghabiskan nasi dengan niat tidak mahu mereka membazir. Akan tetapi dalih yang digunakan masih berbaur animisma walaupun disadurkan dengan unsur 'Islamik', "habiskan, nanti nasi akan menangis dan tuntut di akhirat kelak."
Mempercayai bahawa roh dikhuatiri bakal tersesat jalan atau tersilap singgah ke jasad orang lain, masyarakat Nusantara pada umumnya akan mengejutkan seseorang dari lena dengan perlahan dan santun. Budaya 'takut', 'pantang-larang' - tidak membazir, cermat, tidak berlaku khianat; yang ada pada zaman dahulu kala, sedikit sebanyak sebenarnya membentuk peribadi masyarakat Melayu hingga ke hari ini yang dikenali dunia sebagai bangsa yang tinggi santunnya. Dan kedatangan Islam sebenarnya menjadikan peribadi Melayu lebih molek dan tindak tanduk yang dilakukan ada rasional dan logiknya daripada berpaksikan hal khurafat dan karut. Wallahu'alam.
I would like to know more about animism.
ReplyDeleteI would like to know more about animism.
ReplyDelete